Wednesday, 29 February 2012


Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas

December 10, 2009 by   
Filed under Cerita Emas
Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.
Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.
So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.
  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.

Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun

October 19, 2009 by   
Filed under Analisa Harga Emas
Salam semua , tahukah anda harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan harga emas dunia boleh dikatakan stabil sehingga hari ini.Dengan membuat pelaburan emas , anda tidak akan rugi sama sekali sebaliknya sentiasa mengaut keuntungan.Tapi masih ramai yang tidak menyedari akan potensi pelaburan emas.Mereka lebih gemar membuat pelaburan saham yang entah apa-apa.So mengapa anda masih menungu dan terus menunggu sedangkan peluang meningkatkan taraf hidup anda sudah tersedia.
Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.
harga emas 10th

Wednesday, 15 February 2012


CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD//RAKAN KONGSI SAYA

  • CARA MENDAFTAR SEBAGAI DEALER

    1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email,no acc Maybank atau Public Bank & Item yang mahu dibeli ke 012-5005442.Jika melalui web login,di bahagian komen masukkan nama introducer :HASHIM BIN HAMZAH A12145 PG 018876
    2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold
    3- Saya akan  daftarkan dealer dan lock order melalui email/sms.

    4- PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order ( SO)akan di Email kepada anda.

    5- Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran kepayment@publicgold.com.my fax ke 04-6464916. Nyatakan no Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.

    6- Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept. dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.

    7- Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.

    8- Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order (DO)

    9- Ambil stok emas anda dan mulakan menyimpan emas  + meniaga emas.

    Selebihnya saya akan bimbing bagaimana untuk memulakan dan pelbagai maklumat lain

    Apakah Keistimewaan menjadi Normal Dealer 
    1. Jika anda  ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli  produk Public Gold sahaja mengikut harga semasa.Kita mempunyai kelebihan menjadi pengedar emas bergerak.
    2. Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan emas sambil berniaga emas.
    3. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas  dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
    4. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call  ataupun email 24 jam /7 hari seminggu.
    5. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
    6. Agen diberi pamplet oleh syarikat dan saya sendiri.
    7. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1%- 2%  untuk jualan dan 0.5% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1%-2% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 100g, berharga RM15585.00 . So, komisyen anda adalah (RM15585.00 x 1.5% =rm233.77).Anda mendapat potongan harga (dibayar dalam bentuk komisen) setiap kali anda membeli dengan Public Gold.
    8. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.5% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).Namun pilihan lain yang anda ada ialahmenjual kepada  pelanggan kerana anda boleh jual dengan harga semasa yang lebih tinggi.Jika menjual dengan dealer pula,anda boleh tawarkan harga tengah-tengah yang turut menguntungkan.
    9. Jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
    10. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.
    11.Boleh menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas dan perak,seterusnya menjadi pembekal kepada mereka.
    Tahukah anda?
    USD mempunyai rezab emas terbanyak di dunia,iaitu 74%?Sedangkan Malaysiahanya mempunyai rezab emas sebanyak 1.4% sahaja.Mengapakah negara yang menguasai wang kertas dan mencetak wang sesuka hati mereka ini menyimpan emas sebanyak itu?Anda kaji,anda akan dapat jawapannya.
    Menyimpan wang kertas bukanlah tindakan yang bijak kerana:
    1.Wang kertas susut nilai jangka masa panjang
    2.Wang kertas mengalami inflasi
    3.Tidak bersandarkan  sesuatu yang berharga dan nilainya diberi oleh kerajaan yang memerintah.Jika berlaku darurat,peperangan ,bencana alam dan krisis ekonomi,ia tidak bernilai lagi.
    4.Wang kertas boleh dicetak sesuka hati dan US boleh merompak harta bendadi seluruh dunia dengan memperdagangkan matawang mereka.Mereka buat kita percaya wang mereka berharga.Mahukah kita terus ditipu?
    5.Wang kertas jika terbakar,koyak sudah tidak bernilai,sedangkan emas sebaliknya dan kontra kepada semua yang tertulis di atas.
    6.Ya,kita masih memerlukan wang kertas,tetapi cukuplah sekadar sebagai medium pertukaran on the spot.Simpanlah emas dan perak sebagai penyimpan nilai yang baik kerana ia tidak susut nilai,kalis inflasi dan merupakan aset terunggul selain rumah dan hartanah.
    Cuba anda fikir,emas dan perak boleh disimpan sedikit demi sedikit dan digunakan sedikit demi sedikit juga jika memerlukannya,dan mampu dimiliki walaupun 1 gram.Tukarkan emas dan perak anda hanya kepada 4 perkara berikut :
    1.Rumah
    2.Hartanah
    3.Modal bisnes
    4.Keperluan atau mengalami kesusahan (kelebihannya anda masih ada pilihan memajak,dan tebus ikut kemampuan-dapat guna wang,harta pun tak luak)

    Berdasarkan  senarai yang saya senaraikan diatas , tiada alasan untuk anda tidak menceburkan diri dalam perniagaan emas. Emas bukanlah produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli , cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas. Bila mereka sudah mengetahui kepentingan emas , InsyaAllah mereka akan membelinya. Saya sendiri juga akan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anda  bagi memastikan kita sama-sama berjaya.
    Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 
    “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah Dinar (emas ) dan Dirham (perak)
    (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
    Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. 

    Inflasi sifar selama 1400 tahun. Sebarkanlah kebaikan menyimpan emas dan perak ini kepada seberapa ramai orang yang anda mampu.
    PERHATIAN!
    PELUANG UNTUK MENJADI DEALER RM20K DAN PRIORITY DEALER RM100K
    HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK KETERANGAN LANJUT..
    SEGALANYA MENJADI MUDAH DI HUJUNG JARI
    (BIMBINGAN SECARA LIVE UNTUK KAWASAN TERTENTU DISEDIAKAN)

BAGAIMANA NAK MENDAPAT KEUNTUNGAN DENGAN PELABURAN EMAS

sumber dr tokeyemas
Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.
CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .......

CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan

Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3000)
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank.
Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3000 x 70% = Rm211)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1800)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm600 x 3 = Rm1800)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1260
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1200)
Duit hasil pajakan Rm1260 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.
Dan simpan.
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3000, anda boleh memiliki emas bernilai RM6000.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-2902002 untuk share infor.
(Penting!!! pada masa artikel ini ditulis, gold bar dan Dinar masih lagi diterima pajak oleh Agro bank, tetapi sekarang tidak lagi, sebagai ganti anda boleh la membeli produk i-serieshttp://otakemas.blogspot.com/2011/07/produk-terbaruboleh-bergaya-invest-dan.html )

CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k
Jenis Pelabur :
Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan
Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.
(Jika berminat boleh call saya 012-5005442 untuk penerangan)
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan menapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.
Spread yang rendah.
Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..
Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%
Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%
Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%
Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.
Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, anda boleh la SMS 0125005442 EMAIL hashimv6@yahoo.com

APAKAH PELABURAN DINAR..UNTUNG KE SIMPAN DINAR?


Bagaimana? Sudah mula memiliki Dinar Emas
pertama anda? Atau mahu miliki sekeping
'gold bar' 20 gram pula? :)

Baiklah, itu tentang penyimpan dan pelabur
emas. Hari ini saya juga akan berkongsikan
kenapa semakin ramai orang berlumba-lumba
membeli emas membeli dan menjadi dealer
menjual emas. Ya, sudah pasti salah satu
sebabnya adalah pendapatan lumayan.

Sebenarnya dengan menjadi 'dealer' emas
kita boleh jana pendapatan atas penjimatan
yang diberikan kepada kita.

Cuba anda bayangkan, dealer akan menerima
komisen 1.5% dari harga semasa. Katakan
harga emas hari bagi 20g adalah RM3030.
Ini bermakna anda akan dapat komisen
sebanyak Rm45.45. Boleh anda bayangkan jika
setiap hari ada orang yang mahu membeli 4-5
keping dari anda? Memang lumayan? Dan bayangkan
pendapatan sebulan anda pula selepas itu...

Hanya dengan menjual emas. Produk Terbaik!

Inilah yang dipanggil Teknik "Buy Low Sell High".
Jika anda kaki bisnes, saya tahu anda pasti akan
nampak peluang cerah untuk buat duit dengan bisnes
emas ini. Apa yang menariknya syarikat yang
dinamakan Public Gold ini telah mempunyai
surat pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia.
Anda sendiri dah tengok dalam laporan percuma
Dinar Emas yang saya berikan sebelum ini kan? :)

Oh ya, pada yang tak tahu sebenarnya produk
emas Public Gold ini telah dibawa kepada
Tun Dr Mahathir untuk dilihat keunikannya.

Lihat, hari ini harga emas naik lagi. Jika anda
sebagai dealer, tak kisah harga emas naik atau turun,
anda tetap dapat duit. Menarik kan? Sebab itulah kedai
emas boleh kekal sampai bila-bila. Itulah rahsia yang
ramai orang tak tahu.

Itu belum dikira lagi emas yang  abda beli daripada
orang yang 'trade in'~ Dapat harga "Buying"...
Murah lagi 5-6%... Untung atas angin orang cakap :)

Ani, kalau dah kaya dengan bisnes emas ini,
jangan lupa bayar zakat pula ya, 2.5% sahaja dari
keuntungan bisnes anda ini... Berkat dan bertambah lagi.

Apa yang saya suka kongsikan dengan anda untuk menjadi
dealer emas produk dari Public Gold ini adalah kerana:

1) Sistem syarikat ini dah terbukti bagus dan berjaya.
Dah 2 tahun pengalaman tanpa masalah. Anda boleh tengok
harga emas 24 jam. Boleh tengok melalui laman web, sms
atau telefon. Komisen dealer pun memang dibayar telus.

2) Dengan syarikat ini, beli emas dapatlah emas fizikal.
Boleh pegang, boleh gigit kalau nak rasa emas. Pernah
gigit emas? :) Cubalah! Bukan dapat surat, dapat kontrak,
dapat buku akaun. Memang emas depan mata. Menarik kan?

3) Dah ramai yang berjaya sebagai dealer ini. Kebanyakan
dealer yang dahulunya part time pun ramai yang dah jadi
fulltime. Lagipun, syarikat ini sejak 2008 dan memang
tak ramai lagi kurang info tentang emas. Anda sebagai
dealerlah yang perlu maklumkan kepentingan ini pada
mereka.

4) Dapat ilmu dan maklumat emas yang lengkap. Ya, saya
dulu pun 'zero' dengan emas. Tak pernah pegang pun. Tapi
hari ini dah boleh jual pada kawan-kawan lagi. Memang
emas ini mudah nak jual. Beri orang pegang pun memang
akan ingat sampai dalam tidur tu. Ya, saya tak tipu :)

Jadi, jomlah. Daftar terus sebagai dealer, masih lagi
harga berpatutan pada masa ini. Anda dapat emas dengan
harga emas yang anda bayar. Tak rugi pun sebenarnya. Caranya
ada dalam laporan percuma 'DINAR EMAS' tu.

Tapi kalau anda ada modal RM20000 boleh terus contact
saya, anda akan menjadi dealer dan terima emas harga masa ini. Komisennya pun nanti
pasti lagi tinggi. Dan boleh ada 'passive income' nanti.

Ok.. Ada apa-apa pertanyaan lagi boleh emailkan saya ya.
BERMINAT SMS 0125005442.. EMAIL hashimv6@yahoo.com

BISNES BARU MELABUR

SUMBER DARI mohdzulkifli.com


Ada ramai yang tanya saya pasal pelaburan (terutamanya tentang emas), walaupun saya bukanlah orang yang layak bagi nasihat pelaburan. Ada juga yang tanya pelaburan apa yang paling baik. Soalan standard saya ialah kenapa nak melabur? Ada yang jawab sebab nak buat income.
Kenapa Nak Melabur?

Pada saya, pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan sebenar hanyalah tempat yang ideal untuk orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000, RM30,000, berapa sangat yang kita boleh dapat?

Kalau nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisnes! 'Return on investment'nya jauh lebih tinggi kalau kita kerja ataupun bisnes.

Habis tu, kenapa saya beli emas? Sebabnya duit tu dah tak produktif. Daripada duit tu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih baik saya tukar kepada emas. Duit tu memang saya tak pakai dalam masa setahun.
Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif

Dulu masa saya start bisnes main-main, saya keluarkan modal RM400. Bila ada orang order barang, saya guna duit tu untuk beli produk dan hantar pada pelanggan. Dapat untung saya simpan. Dapat lagi untung, saya simpan lagi, lagi dan lagi. Tapi sampai satu tahap, simpanan hasil bisnes main-main saya dah jadi RM7,000.
Lama-lama, saya perasan, bisnes kecil-kecilan saya tak perlukan modal pusingan sampai RM7,000. RM7,000 tu terlalu besar. Duit yang bergerak keluar masuk untuk pusing bisnes cuma RM3,000. Lagi RM4,000 tu memang tak bergerak. Duit tu dah tak efisien lagi...
Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
So, saya fikir-fikir, daripada duit tu tak bergerak, lebih baik saya campakkan ke tempat lain yang lebih baik. Sebahagiannya saya campak dalam tabung haji untuk dapat dividen, sebahagiannya saya beli silver bar. Dan akan datang, duit extra hasil bisnes, saya akan beli dinar emas, gold bar dan syiling emas.
Kalau lebih RM600 beli emas, kalau lebih RM1,000 - RM4,000, beli gold bar ataupun syiling kijang emas. Itulah lebih kurang plan saya untuk akan datang.
Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, saya nak lupakan duit tu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit tu tak diusik-usik.
Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Dan saya perhati, memang itulah cara orang bisnes buat. Bila duit bisnes dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit tu dalam pelaburan. Dan apa yang Chef Li bagi tau,kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang. Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dsb. Kalaupun mereka beli saham, mereka akan beli untuk jangka panjang. Bukannya beli hari ni, esok jual.
Orang bisnes melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit, tapi sebabnya duit tu dah tak lagi efisien untuk pusing bisnes mereka. Itu benar-benar duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.
Jadi, kalau nak melabur sebab nak buat duit, saya rasa ianya tak berbaloi. Sebabnya, pelabur sebenar melabur lepas mereka buat duit dari bisnes. Berbisnes dulu baru melabur...
Wallahu a'lam.

Monday, 16 January 2012

EMAS DIJANGKA NAIK RM 503/GRM PADA 2020



Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020



2012/01/17
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.


BERMINAT HUBUNGI NO.HP - 0125005442